SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
1924
Bangunan sekolah berukuran 20 x 130 kaki persegi didirikan oleh kerajaan di atas sebidang tanah kerajaan seluas 5 ekar 0 rod 12 pol, Lot 3234 di Km. 3, Parit Setongkat, Jalan Salleh, 84000 Muar, Johor.(Bangunan JKR 461). Pada peringkat awal, murid-murid lelaki belajar pada sebelah pagi manakala murid-murid perempuan menghadiri sekolah pada sessi petang. Nama Sekolah: Sekolah Melayu Lelaki Pt. Setongkat, Muar.
1930
Bangunan Sekolah Melayu Perempuan Pt. setongkat didirikan khas untuk menampung murid-murid perempuan ketika itu. (Bangunan JKR 462)
1947
Bangunan JKR 461 runtuh dipukul ribut kencang. Bangunan baru mengambil masa tiga bulan untuk dibina semula.
1955
Bangunan tambahan tiga bilik darjah (JKR 928) untuk Sek. Melayu Lelaki Pt.Setongkat dibina.
1961
Sebuah bangunan tambahan 2 bilik darjah (JKR 1416) untuk Sekolah Melayu Perempuan Pt. Setongkat dibina.
1969
Kantin sekolah dan tempat meletakkan basikal murid didirikan.
1972
Nama kedua-dua buah sekolah diubah kepada Sekolah Kebangsaan Pt. Setongkat. Kedua-dua buah sekolah, lelaki & perempuan dicantumkan pentadbirannya.
1981
 Bangunan JKR 461 di robohkan.
1982
Bangunan baru (JKR 2836) 3 tingkat siap dan mula digunakan.
1984
Bangunan JKR 462 dipinjamkan kepada Sekolah Agama Pt. Setongkat, Muar.
1990
Bangunan tambahan 4 bilik darjah (gotong royong) siap dibina dan digunakan.
1998
Bangunan tambahan 4 tingkat sedang dalam pembinaan, dijangka siap 1999. 
1999
Bangunan baru 4 tingkat lengkap dengan makmal sains , pss , bilik kemahiran hidup dan makmal komputer dan bilik darjah baru mula digunakan


[ HOME ][ PENTADBIR][ BILANGAN GURU & MURID][ MAKLUMAT STAF ][ UPSR]
[ Maklumat Sekolah Zon ][ Zon KBSR ][ PPD Muar ][ JPNJ ]