PENTADBIR


Asalammualaikum dan selamat sejahtera. 

                  Terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi-tinggi  kesyukuran ke hadrat Ilahi, juga ucapan  setinggi-tinggi terima kasih di atas usaha Pejabat  Pendidikan Daerah Muar yang telah bertindak  sebagai pemangkin menyegerakan pihak sekolah  termasuk Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat ,Muar membina tapak  halaman web dan jaringan internet. 
                 Tidak lupa sekalung tahniah kepada Web-Masters dan Penyelaras 8 PKG J seluruh daerah Muar yang bertungkus-lumus
bagi menjayakan program ini. 
                  Peredaran zaman yang begitu pantas dan pesat tidak
memungkinkan kita berdiam diri, hanya memerhati dan sekadar
mendengar sebaliknya mengambil bahagian "terjun" dalam
gelombang maklumat yang tidak terbatas. Merebut peluang yang
terbentang, mencakup, mengumpul dan menggunakan   maklumat-maklumat yang begitu banyak lagi terkini datang bertali
arus. Jika dapat dimanfaatkan secara maksima adalah merupakan
senjata kekuatan dan kelebihan manusia di masa ini malah merupakan kekuatan sesebuah negara juga. 
                  Dengan mewujudkan home-page di sekolah-sekolah adalah sebahagian jawapannya, langkah bijak lagi tepat bagi merealisasikan harapan  dan matlamat pendidikan hari ini. 
                  Dalam konteks ini, Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat, Muar  berasa bangga dapat bersaing bersama-sama rakan sekolah lain  dalam senario pendidikan masa kini yang mampan  dan  berorentasikan Sekolah Bestari.

Tn. Hj. Samuri Bin Komar

(Guru Besar)
Kategori : DG4
Kelulusan Akademik : Dip.Sc
Kelulusan Iktisas : Dip. Pend.



HOME | SEJARAH | BIL GURU & MURID | MAKLUMAT STAF | UPSR

[ Maklumat Sekolah Zon ][ Zon KBSR ][ PPD Muar ][ JPNJ ]